Saturday, 3 January 2015

Senduduk Putih berblog

Assalamualaikum ..

Senduduk Putih ( SP :D ) baru nak menjinakkan diri di Blogger.  Mulanya malas nak berblog-blog ni.  Ingatkan memadai sekadar di Facebook.
Namun ada pula customer SP yang mencadangkan buat blog.  Senang nak rekomen dengan kawan-kawan, dan kawan-kawan pula mudah nak rujuk pakej-pakej yang ditawarkan. :D

SP berkecimpung di dalam dunia perawatan kesihatan dalaman dan luaran wanita ni belum sampai 10 tahun, namun pengalaman yang Allah beri banyak membantu. Manakala khidmat jagaan wanita selepas bersalin pula, baru saja SP ceburi, tak sampai setahun.

Walaupun belum sampai setahun menjadi bidan, namun SP adalah berdaftar dengan LPPKN dengan mendapat latihan khusus di dalam bidang penjagaan wanita bersalin, dengan kaedah penjagaan melayu traditional warisan istana melayu.  Dengan mengikuti latihan ini, SP secara automatik mewakili LPPKN untuk membantu masyarakat wanita khususnya di dalam waktu lepas bersalin dan berpantang.  Rumusannya, SP terlibat langsung di dalam program yang dinamakan Mama Care ini.

SP ketika sesi presentation - kena ajar kembali beberapa
kaedah urutan wanita selepas bersalin.. Menggigil tangan tu...
Okay.  Nanti SP sambung lagi... <3








No comments:

Post a Comment